01 July 2009

Student Leadership Conference 2009 in Hong Kong


31 Mei 2009:
Student Leadership Conference 2009 telah diadakan di Hong Kong dengan temanya "University Education & Employability" membincangkan sistem pembelajaran yang diimplimentasi di Asia Tenggara dan kaitannya dengan masa depan graduan universiti yang semakin dianggap tidak berkualiti. 6 hari di Hong Kong membuka minda peserta yang hadir dari seluruh asia bukan sahaja dari sudut intelektual malahan personaliti.


Budayanya yang cukup berbeza dengan Malaysia,kalau di Malaysia pembentang memilih giliran yang terakhir, tetapi di sana mereka berebut untuk menjadi pembentang pertama. Konsep kelestarian tidak perlu dijelaskan di sana kerana sememangnya telah sedia ada diamalkan. Segalanya dilakukan secara bersederhana tidak kira dari upacara pembukaan hinggalah ke upacara penutupan. Mereka mementingkan kualiti, bukan persepsi. Jika tujuan utama adalah membincangkan berkenaan 'employability' maka segalanya akan difokuskan kepada bagaimana persoalan tersebut dirungkai, bukannya bagaimana program anjuran peringkat antarabangsa itu dilakukan. Tidak ada kemewahan dalam program tetapi panel-panelnya di luar jangkaan.

Senarai panel yang menjadi fasilitator dalam usaha merungkai persoalan ini:
1. General Manager, Herald Metal & Plastic Works Ltd
2. The Vice President of Group Brand Marketing, PCCW Limited
3. Vice Chairman, Global Practice Groups & Managing Director, Greater China, Stanton Chase International
4. Managing Director, DHL Global Forwarding- Hong Kong, Macau & South China
5. Human Resources Director, Hewlett-Packard HK SAR Ltd
6. Founder & Director ACTUA Pi Wealth Management Consultancy, LLC
7. IT Manager Airline Operations Cathay Pacific Airways Ltd
United Nation Global 500 Laureate, Friends of the Earth (HK) Board member
8.Executive Director, Hong Kong-America Center
9. Chairman of Handerson Sunlight Asset management Ltd
10.The CEO of Hong Kong Cyberport management Company
dan 17 lagi panel ternama yang dijemput bukan sahaja untuk berkongsi pendapat malah turut bersama peserta secara dekat.

Read More...

11 January 2009

#15: Suasana Kampus

apa yang berlaku di kampus sekarang ini untuk renungan, terpulang kepada mahasiswa untuk membuat penilaian, penulis tidak ada hak untuk memaksa, tetapi hanya berkongsi cerita.
Si A dan Si B:

B:"teruk betul sistem bas di USM"
A pun baiki sistem~


B:"bagus,sistem dah baik tapi mana tempat tunggu bas, mereka duduk dalam aircond, kita duduk bawah panas"
A pun perjuang utk bina bus stop~

B:"apela 'A' ni, tmbah bus stop, tpi bas sikit, nak tunggu apa kat sni?"
A pun mintak tambah bilangan bas walaupun universiti keberatan kerana universiti perlu menambah RM50,000 kepada yuran bas yang dibayar pelajar hanya untuk 2 biji bas sahaja.

B:"hmm..'A' ni xtahu ke kalau tambah bas, bertambah la pencemaran alam, cakap aritu nak amal konsep lestari, ni dah masuk kategori cakap tak serupa bikin"
A pun anjurkan hari lestari dimana semua pelajar digalakkan untuk berjalan kaki untuk melihat komitmen pelajar dalam lestari.

B:"masih ada lagi manusia yang tak tahu kegunaan teknologi masa kini, orang cipta kenderaan untuk dinaiki, apa guna beli motor dan dapat sticker? ada ke patut suruh berjalan, nanti sampai kelas letih lepas tu tertidur dalam kuliah, ini semua salah 'A'.."
A pun pasrah~

B:"apa yang 'A' buat ek, x nampak apa pun? dulu cakap nak bantu pelajar lah, itulah inilah, diam je aku tengok"
A pun keluarkan risalah memaklumkan beberapa perkara yang telah dilakukan oleh mereka

B:"riak betul A ni, x perlu la nak menunjuk-nunjuk, semua ni bukan usaha dia, ini usaha pelajar, mereka ambil nama je tahu"
A pun berjumpa dengan pelajar tersebut

A:"wahai B, siapakah aku"
B:"kamu adalah wakil pelajar"
A:"apakah fungsiku.."
B:"mewakili pelajar"
A:"sesungguhnya kami mewakilimu membentangkan aktiviti2 yang telah kamu buat, kami menjalankan tugas mewakili pelajar"
B:"aku tidak setuju, kamu mengambil projek kami sebagai projek kamu! ini tidak adil"

Maka si A mendekati si B dengan secawan kopi..lantas si B memegangnya..
A:"apakah air ini?"
B:"sudah semestinya ini adalah air kopi"
A:"mengapa tidak kamu panggil air ini sebagai kopi,gula dan air panas?"
B:"err..kerana semuanya telah bercampur, lebih mudah untuk mewakilkannya dalam satu nama"
A:"cuba kamu minum air kopi tersebut"

Si B pun meminum air kopi tersebut..
B:"Hish!! air kopi ni tak sedap!!! tawar!!!"
A:"kenapa kamu salahkan air kopi, kenapa tidak salahkan kopi,gula dan air panas? Air kopi cuma mewakili ketiga3 elemen tersebut,dia tidak sepatutnya disalahkan. Lagi satu perkara,jika kamu ingin membancuh kopi,apa yang kamu akan cari?"
B:"semestinya kopi yang bagus, gula yang manis dan air yang betul2 panas"

A:"itulah kami selaku wakil pelajar, kami cuma mewakili kamu semua, kami tidak mungkin boleh berdiri tanpa kamu, kami bukan ingin bersaing untuk menentukan program siapa yang lebih berprestij, kamu membawa nama kami dan kami membawa nama kamu, kalau kamu tidak bagus dan tidak berkualiti, kami yang akan ditegur apabila bersidang bersama kepimpinan di luar, biarlah kami yang menanggungnya kerana itulah fungsi kami. Kami tidak mendapat untung kerana apabila berijazah, orang akan melihat kamu kerana kamulah yang membangunkan universiti, bukan kami..kamu akan dicari oleh syarikat di luar sana untuk diadun dan dicampur seterusnya menaikkan nama syarikat tersebut dengan kualiti yang ada sebagai elemen pembangun"

B:"KAMI TIDAK SETUJU!!! INI TIDAK ADIL!!!!"

A: (=.=")|||

"kamu akan merosakkan diri sendiri jika cuba untuk memuaskan hati semua pihak dan ingatlah bahawa manusia tidak akan pernah berpuas hati dengan apa yang ada sepertimana yang diceritakan dalam kisah Luqman dengan anaknya"

Read More...

08 January 2009

#14: Bantahan Aman USM

Adalah diharapkan kepada semua warga Universiti Sains Malaysia (USM) untuk bersama-sama berkumpul di Pusat Islam pada hari Jumaat ini bersamaan 9 Januari 2009 bagi menjayakan bantahan secara aman terhadap isu keganasan Israel terhadap Palestin yang telah meragut lebih 515 nyawa sejak serangannya yang bermula pada 27 Disember yang lalu.

Bantahan secara aman yang dianjurkan ini telah mendapat kelulusan pihak universiti dan pada hari yang sama juga turut akan diadakan kutipan derma dan penyerahan memorandum kepada Naib Canselor universiti untuk terus diserahkan kepada pihak berwajib. Ini menunjukkan betapa seriusnya pihak universiti dan mahasiswa itu sendiri dalam berhadapan isu kemanusiaan.

Maka datanglah beramai-ramai memberi sokongan dan bagi menjayakan lagi proses penyerahan memorandum kepada Naib Canselor, diminta kerjasama mahasiswa dan mahasiswi USM untuk menurunkan tandatangan atas borang yang akan diedarkan oleh Sekreteriat Sukarelawan USM.

Akhir kata, datanglah beramai-ramai ke Pusat Islam sebelum kita menunaikan solat Jumaat iaitu pada pukul 12.30 tengahari. Sebarkan...

Read More...

07 January 2009

#13 Magazine (new release)

Read More...